KWSP

Pelaburan Akaun 1 KWSP dan tunai

Penjelasan tentang Akaun KWSP untuk pelaburan unit amanah
1. Akaun mana yang terlibat dalam pelaburan saham amanah?
Akaun KWSP ada (I) & (II) . Akaun (I) bahagiannya sebanyak 70% dan selebihnya adalah Akaun (II). Hanya Akaun (I) yang terlibat untuk pengeluaran pelaburan saham amanah.
2. Bagaimana untuk mengetahui jumlah pengeluaran pelaburan saham amanah yang dibenarkan?
Yang paling senang ialah melalui i-Akaun di laman web www.kwsp.gov.my. Sebelum itu anda perlu create pin dahulu di cawangan KWSP
Kelayakan pengeluaran untuk pelaburan saham amanah dikira sebagai tidak melebihi 20% dari baki yang ditolak dari Simpanan Asas seperti berikut:

Umur (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000
4. Apakah jumlah maksimum pengeluaran?
Tiada.
5. Apakah jumlah minimum pengeluaran?
RM1,000.
6. Bagaimana contoh pengiraan?
En. XYZ berumur 30 tahun dan baki Akaun 1 beliau ialah RM60,000. Maka kelayakan pengeluaran beliau ialah 20% x (60,000-18,000) = RM8,400.
7. Bolehkan dividen/agihan/keuntungan dari pelaburan ini ditunaikan/digunakan oleh pelabur?
Tidak boleh. Sebarang agihan dari pelaburan ini akaun dimasukkan semula ke akaun pelaburan (compounding). Sekiranya pelabur membuat redeem, jumlah redeem akan dimasukkan semula ke akaun KWSP.
8. Memandangkan untung tidak boleh dikeluarkan, apakah faedah bagi saya membuat pelaburan saham amanah menggunakan Akaun 1 KWSP?
KWSP membenarkan pengeluaran dengan peraturan Simpanan Asas yang baru dibawah kempen “Bukan Hanya Simpanan”. Jadi dapat disimpulkan KWSP menggalakkan ahlinya mencari alternatif lain melaburkan wang simpanan mereka ke tempat yang telah diluluskan seperti saham amanah. Objektif asal simpanan KWSP untuk simpanan hari tua masih terpelihara, tetapi dalam bentuk pelaburan. Selain itu, KWSP memberi peluang kepada pencarumnya untuk memilih sendiri tempat pelaburan dengan keuntungan yang mungkin lebih baik. Untung dari pelaburan Akaun 1 ini boleh digunakan selepas umur layak iaitu 55 tahun.
9. Bagaimana prestasi KWSP berbanding saham amanah?
Prestasi KWSP berbagai-bagai, contohnya pada tahun 2007 dividen yang diluluskan ialah 5.8%. KWSP dijamin oleh kerajaan dan modal pencarum sudah tentunya dilindungi. Bagi saham amanah, prestasi mereka bergantung kepada ekonomi semasa. Agihan yang ditawarkan mungkin lebih tinggi, sesuai tanpa perlindungan modal.
10. Bolehkah saya melabur dari Akaun 1 setiap bulan?
Pengeluaran Akaun 1 hanya dibenarkan untuk 1 dalam tempoh 3 bulan.

Meningkatkan simpanan persaraan : KWSP perkenal perubahan kadar caruman dan simpanan asas

Peluang dan pasaran didalam unit amanah semakin besar dan berkembang, Ianya adalah sejajar dengan inspirasi kerajaan untuk membantu ahli KWSP untuk meningkatkan tabungan ahli selepas persaraan.

Kini terpulang kepada ahli KWSP untuk menzahirkan segala perancangan dan inisiatif yang diwujudkan.
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan tabungan hari tua kita melalui pelaburan UNIT AMANAH.

—–Berikut adalah kenyataan akhbar dari KWSP (bertarikh: 25Jan2008)——

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan dua pembaharuan di bawah inisiatif "Bukan Hanya Simpanan" bagi memberikan peluang kepada ahli berumur 55 tahun dan ke atas terus bekerja serta meningkatkan simpanan persaraan ahli.
Berkuatkuasa 1 Februari 2008, tempoh tanggungan mencarum kepada KWSP untuk pekerja dan majikan dilanjutkan dari umur 55 tahun kepada 75 tahun. Selain itu, ahli perlu mempunyai amaun minimum Simpanan Asas mengikut tahap umur bagi membantu ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mencapai umur 55 tahun.
"KWSP sentiasa memberikan keutamaan agar ahli mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara. KWSP berharap dengan pembaharuan ini akan membantu ahli mempunyai jumlah simpanan yang lebih tinggi bagi persaraan yang lebih terjamin," kata Encik Ibrahim Taib, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP.
Untuk pekerja berumur 55 tahun dan ke atas diwajibkan mencarum tetapi kadarnya adalah separuh daripada kadar caruman berkanun bagi menggalakkan ahli terus diambil bekerja. Bagaimanapun, pekerja dan majikan boleh memilih untuk mencarum lebih daripada kadar caruman berkanun yang ditetapkan.
Bagaimanapun, kadar caruman yang lebih rendah ini tidak terpakai kepada pekerja yang telah berumur lebih 55 tahun yang kini masih bekerja dan belum membuat Pengeluaran 55 Tahun. Pekerja ini dan majikannya perlu mencarum pada kadar semasa (23 peratus) sehingga Pengeluaran 55 Tahun dibuat.
Satu lagi pembaharuan di bawah inisiatif "Bukan Hanya Simpanan" adalah pelaksanaan Simpanan Asas iaitu sejumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum RM120,000 ketika umur 55 tahun .
Dengan pembaharuan ini, ahli dibenarkan melabur tidak lebih dari 20 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas menerusi institusi pelaburan yang diluluskan. Pelaburan ini boleh dibuat sekali setiap tiga bulan dengan jumlah minimum RM1,000.
"Objektif pembaharuan ini adalah untuk membantu ahli meningkatkan simpanan asas dalam akaun mereka secara berterusan sehingga mencapai jumlah minimum RM120,000 pada umur 55 tahun. Ini bagi membolehkan ahli menerima bayaran sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk tempoh 20 tahun sehingga umur 75 tahun iaitu purata jangka hayat rakyat Malaysia," kata Encik Ibrahim.
Menurut beliau, pada masa yang sama pembaharuan ini memberikan peluang kepada ahli untuk melabur pada umur lebih muda yang boleh mengurangkan risiko kerugian modal berikutan tempoh pelaburan yang lebih panjang.
"Jumlah Simpanan Asas untuk setiap peringkat umur akan dikaji semula setiap lima tahun dengan mengambil kira perubahan sosial, ekonomi dan keperluan persaraan ahli," kata beliau.

—–Semak Kelayakan Anda Di sini——

Jangkaan Perkembangan Kewangan Islam 20% Tahun Ini

Kewangan Islam dijangka mengalami kenaikan 20% berikutan kenaikan harga minyak dunia. Ini kerana peningkatan harga minyak menawarkan kecairan dan dana yang lebih besar dari negara Timur Tengah (pengeluar minyak utama dunia), mengikut pegawai Yasaar Ltd, Majid Dawood hari Isnin lepas. Majid berada di Kuala Lumpur untuk sesi taklimat kewangan islam di Asia.
Kuala Lumpur mempunyai 76% dari pasaran kewangan Islam di Asia, 95.5% pengeluaran sukuk, dan 83% aset takaful.
 PELABURAN MELALUI TUNAI JUGA DIALU-ALUKAN.

Salam,
baru-baru ini ada satu surat dari pihak kwsp, dengan selamba je pihak pengurusan kwsp menyatakan betapa susahnya nak menguruskan duit 200billion di bawah jagaannya utk dilaburkan ke dalam institusi patut SYARIAH!!
Ini bererti duit caruman pekerja muslim akan bercampur dgn milik non-muslim akan dilaburkan ke syarikat tersenarai di bursa malaysia dan luar negeri tanpa megambil kira halal haram.dah lah pulangan sedikit 5-10% setahun, labur pulak di bank konvensional, syarikat tidak patuh syariah …

kenapa syarikat unit amanah swasta seperti public mutual dan lain-lain buleh menguruskan dana islamic rm20billion…
dan hanya melabur di bursa malaysia .
pihak kwsp buleh mengeluarkan garis panduan (bermacam-macam) kepada syarikat pelaburan swasta agar mematuhi ;
1.HANYA PELABURAN DI DALAM MALAYSIA SAHAJA
2. SERVICE CHARGE(CAj PERMULAAN ) HANYA 3%
kerenah birokrasi mengenai borang,hak kelayakan umur ….
Pencarum seolah-olah tiada hak ke atas duit simpanan mereka sehingga mencapai umur 50 dan 55 tahun.
Semua urusan pelaburan duit adalah HAK kwsp…
padahal kwsp hanya pemegang amanah sahaja…
sepatutnya pihak kwsp mengambil kira tuntutan wajib pencarum seperti ;
zakat dan haji…