Sunday, July 11, 2010

UNIT AMANAH BERTERASKAN SYARIAH


Ramai yang tidak sedar kewujudan Unit Amanah Saham yang dikendalikan oleh bank-bank tempatan selain Amanah Saham yang biasa didengar,sedangkan Amanah Saham yang ditawarkan oleh bank-bank ini sebenarnya lebih dahulu beroperasi cuma golongan tertentu sahaja yang mengetahuinya dan ada antaranya yang amat cemerlang dan menerima banyak anugerah bagi pengurusan Unit Saham Amanah ini.Bukan sahaja Bumiputera boleh memohon malah bukan Bumiputra juga dibenarkan.Berjumpalah dengan perunding Unit Saham Amanah untuk maklumat lanjut dan terkini.


Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.

Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.

Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Perlindungan untuk pemegang unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;
Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran;
Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.

Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.

No comments: