Berita


Public Mutual umum agihan 5 dana

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd. (Public Bank) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk lima dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010.
Dana-dana itu adalah Public Dana Index dengan agihan kasar sebanyak 5.00 sen seunit, Public Dana Far-East Property & Resorts (0.50 sen seunit), Public Dana Islamic Optimal Growth (0.50 sen seunit), Public Dana Enhanced Bond (2.00 sen seunit) dan Public Dana Money Market (2.50 sen seunit).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, Public Dana Index dan Public Dana Far-East Property & Resorts masing-masing, telah menghasilkan pulangan setahun sebanyak 45.43 peratus dan 92.41 peratus bagi tempoh berakhir 8 Januari 2010, menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Januari 2010.
Sementara itu, Public Dana Islamic Optimal Growth yang diluluskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menghasilkan pulangan setahun sebanyak 35.38 peratus bagi tempoh yang sama.
Public Dana Enhanced Bond pula menghasilkan pulangan setahun sebanyak 10.99 peratus manakala Public Dana Money Market sebanyak 2.14 peratus bagi tempoh berakhir 8 Januari 2010.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan mengurus sebanyak 73 dana.
Syarikat tersebut mempunyai lebih dua juta pemegang akaun dan pada 31 Disember 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut berjumlah RM35.6 bilion.

Keratan Akhbar : RM900 Million Taken Out From EPF For Unit Trust Investment

June 27, 2010 | 
Source : Business Times Online (10 June 2010)
A significantly larger number of Employees Provident Fund (EPF) members have opted to withdraw part of their retirement savings for investment in unit trusts.
In a statement today, EPF said the amount withdrawn under Members’ Investment Withdrawals in the first quarter of 2010 rose 43.26 per cent to RM911.15 million from RM636.01 million (Q4 2009: RM896.66 million) withdrawn in the corresponding period last year.
Total applications approved under this withdrawal increased to 113,809 (Q4 2009: 114,375) from 87,420 in the same period last year.
“The increase in withdrawals for investments is in tandem with the recovery in the domestic economy that began in the third quarter of 2009 and has since continued to gain momentum,” said EPF Chief Executive Officer Tan Sri Azlan Zainol in the statement.

EPF said the increase was also attributed to the rise in the number of members who were eligible for investment withdrawals.
Priority towards prudent investing was also reflected in the increasing number of retirees who opted for Flexible 55 Withdrawals to stretch the value of their retirement savings as opposed to Lump Sum Withdrawals, it added.
In the first quarter of 2010, EPF recorded a 52.80 per cent increase in applications from members who had opted for Flexible 55 Withdrawals in which a total of 14,869 applications (Q4 2009: 11,929) were received compared to the 9,731 applications in the corresponding period in 2009.
The amount withdrawn during the quarter grew by 26.05 per cent to RM637.73 million (Q4 2009: RM454.12 million) from RM505.94 million in the corresponding period last year.
“This also signifies the confidence members have in allowing the EPF to continue managing their retirement savings over a longer period,” Azlan said.
This sentiment was again reflected in the marginal 1.99 per cent increase of approved applications for Lump Sum Withdrawals during the quarter to 36,349 applications (Q4 2009: 30,120) from 35,640 in the corresponding period last year.
The amount withdrawn during the quarter also grew by a marginal 0.70 per cent to RM1,632.52 million (Q4 2009: RM1,235.52 million) from RM1,621.15 million in corresponding period in 2009.
Meanwhile, the total number of members who had nominated their beneficiaries was 3,253,721. — Bernama



UTUSAN MALAYSIA  02/06/2009

Agihan 5 dana Public Mutual

KUALA LUMPUR 1 Jun - Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan agihan pendapatan lima dana kendaliannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2009.
Public Dana Ittikal mencatatkan pengagihan kasar sebanyak 6.00 sen seunit, Public Dana Islamic Equity (1.75 sen seunit), Public Dana Dividend Select (2.00 sen seunit), Public Dana Balanced (5.00 sen seunit) dan Public Dana Select Bond (2.50 sen seunit).
Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan untuk lima dana itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 69 dana dengan lebih 2 juta pelabur.
Sehingga 8 Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut sebanyak RM27.4 bilion.
 UTUSAN MALAYSIA 19/05/2009

Public Mutual menang anugerah ke-135

KUALA LUMPUR 18 Mei - Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd., Public Mutual Bhd (Public Mutual) memenangi anugerah 'Pengurus Dana Dalam Malaysia Terbaik' yang diberikan oleh majalah AsianInvestor untuk dua tahun berturut-turut.
Menurut kenyataan Public Mutual yang dikeluarkan di sini hari ini, anugerah tersebut merupakan anugerah ke-135 Public Mutual.
Jelas kenyataan itu, anugerah itu disampaikan pada Malam Anugerah Tahunan Public Mutual yang diadakan malam tadi di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Kuala Lumpur.
Penerbit Bersekutu AsianInvestor, Rebekka Kristin, Public Mutual dipilih untuk menerima anugerah berkenaan kerana menunjukkan prestasi yang baik ketika berhadapan dengan kelembapan ekonomi global.
"Anugerah ini mengiktiraf pencapaian cemerlang setiap ahli Public Mutual yang berusaha kuat dalam industri yang amat mencabar pada masa kini," katanya.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar Malaysia, menguruskan 69 dana.
Sementara itu, Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berasa bangga dengan Public Mutual yang sekali lagi menerima pengiktirafan antarabangsa ini.
Katanya, ia merupakan anugerah industri ke-135 yang dimenangi oleh syarikat tersebut iaitu sejak tahun 1999.
BERITA HARIAN 17/02/2009


PUBLIC Mutual Bhd, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, muncul sebagai pemenang terbesar untuk enam tahun berturut-turut pada Anugerah Dana Malaysia The Edge Lipper 2009 dengan memenangi tujuh daripada 24 anugerah, termasuk anugerah berprestij "Kumpulan Terbaik Keseluruhan".

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata pihaknya berbangga kerana sekali lagi muncul sebagai pemegang yang memenangi anugerah paling banyak tahun ini.
 ARKIB : 08/11/2007

Public Mutual tambah dana PSEASF

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Public Mutual Bhd. (Public Mutual) hari ini mengumumkan peningkatan saiz dana Public South- East Asia Select Fund (PSEASF) kepada lima bilion unit, berbanding sebanyak 1.5 bilion unit yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, pembesaran saiz dana itu dilakukan berikutan permintaan daripada para pelabur.
‘‘Permintaan terhadap PSEASF adalah sangat tinggi dengan hampir RM900 juta nilai unit telah dijual sejak dana ini dilancarkan,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, sambutan baik itu dicapai kerana ia memberi peluang kepada pelabur untuk mengambil manfaat daripada potensi pertumbuhan ASEAN.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di negara ini menguruskan sebanyak 51 dana melibatkan 1.35 juta pemegang akaun.
Sehingga 31 Oktober lalu, jumlah nilai aset bersih (NAB) dana yang diuruskan oleh syarikat itu adalah sebanyak RM26.7 bilion.