Cara

Cara Melabur Dalam Saham Amanah/Unit Trust

Sebelum memutuskan untuk membeli unit amanah dalam dana-dana tertentu, adalah amat mustahak bagi anda memahami isi kandungan prospektus. Prospektus adalah dokumen yang memaparkan details sesuatu dana, termasuklah yuran sekali masuk bagi dana berkenaan. Unit Trust Consultant harus membantu anda memahami perkara berkenaan dengan jelas dalam sesi temubual itu.
Adapun terdapat 3 cara yang dapat saya simpulkan, tentang bagaimana cara membuat pelaburan dalam saham amanah:
1. Melalui tunai/cek.
2. Melalui Akaun 1 KWSP.
3. Melalui potongan terus akaun bank (Standing Instruction).
Jumlah minimum permulaan pelaburan bergantung kepada jenis dana, tetapi kebiasannya pada jumlah minimum RM1,000. Perlu diingat, terdapat yuran sekali masuk untuk setiap pelaburan. Bagi pelabur Akaun 1 KWSP, fee yang dikenakan adalah 3% dari jumlah pelaburan.


hubungi:
ayie
0139736394
email: ayie.amanah@gmail.com

Timing? ramai yg bertanya bilakah masa yg sesuai utk melabur?
saya jawab esok, selepas mendengar penerangan,penjelasan mengenai ;
1.risiko
2.kelebihan
3.kebaikan
setelah faham apa itu unit amanah ,jangan berlengah lagi utk membuat keputusan utk melabur!

pelaburan buleh dimulai dgn HANYA  RM1000  membuka akaun, dan tambahan pelaburan serendah rm100!
ehhh, sekarang market sedang turun, takut lah nak mula …kan nanti lagi jatuh !!!

antara falsafahnya..........orang yang cerdik akan meraih keuntungan ketika harga jatuh.....(melabur)

sebenarnya keputusan utk melabur di unit amanah memerlukan perancangan masa panjang !
jika ada duit rm10,000.00
melabur ke dana agresif  sebanyak rm5,000.00
dana seimbang rm3,000.00
dana konservatif rm2,000.00
rasionalnya;
1. dana agresif (Equity) -banyak untung, rugi pon cepat jika ekonomi jatuh
2. Dana seimbang (balance) -untung dan rugi masih tidak dirasai jika setahun 2
3.Dana konservatif – hanya sementara menunggu keadaan pasaran,jika terdesak nak pakai kembali duit buleh repurchase!
Unit amanah menawarkan pulangan yg stabil dan berbaloi jika matlamat pelaburan tadi untuk jangkamasa 3-5 tahun!
jika matlamat 10 tahun @ pengajian anak-anak ke universiti saya cadangkan mula melabur tanpa mengira keadaan.
buka akaun rm1000 dan tambahan rm100 sebulan …

selepas 5 tahun baru buat penstrukturan semula..
jika diikut ilmu saya yg tidak seberapa ini, sekarang awal 2010 sepatutnya tahun yg amat sesuai buat saudara-saudara ku diluar sana utk mula melabur!
harga-harga dana masih berpotensi utk melonjak pada 2011,2012 dan 2013!!!!
jika umur masih muda belia 18-35 tahun :
1.Public China Ittikal Fund PCIF
2.Public Ittikal (ada insurans cover utk pelaburan rm5,000 ke atas)
3. Pubic Asia Ittikal Fund PAIF
4. Public Islamic Opportunities Fund PIOF
5. Public Islamic Equity Fund PIEF
Seimbang
1.Public Islamic Balance Fund PIBF
saya selalu juga menyaran kepadd pelabur sedia ada supaya membuat DCA-dolar cost averanging
prinsip DCA ini bermaksud pelaburan tetap setiap bulan tanpa mengira harga
contohnya

Ali melabur secara tetap sebanyak rm 100 setiap bulan selama 12bln
rm100 service caj. rm5.50 Real money invested RM 94.50
Jan     harga RM0.2000 472.5 unit
feb      harga RM0.2200  429.5 unit
mac    harga RM 0.2400  399.7 unit
april   harga RM 0.2600  363.4 unit
mei     harga RM0.2800    333.7 unit
jun      harga RM 0.300      315.0 unit
julai   Harga RM 0.3200   295.3 unit
ogos Harga  RM 0.3400    277.9 unit
september   RM 0.3600    262.5 unit
oktober        RM 0.3800    248.6 unit
november   RM 0.4000    236.2 unit
disember     RM .4200       225.0 unit
jumlah duit RM 1,200.00 jumlah unit 3859.3 unit !!!!jika pelabur ‘timing’
beli pada ogos rm1200 harga RM0.3400  UNIT 3335.2
 
nampak kan duit sama unit sikit !!!
begitu lah seterusnya …
jadi bagi saya ‘TIMING’ tidak berapa berguna ketika keadaan ekonomi stabil!
tetapi jika keadaan ekonomi jatuh tahun 2008-2009 (HARGA rendah)BERAPA RAMAI PULA
yg membeli unit amanah…semuanya gerun
jadi kesimpulannya …tetap kan matlamat pelaburan anda ….
3tahun, 5 tahun, 10 tahun ….
sesungguhnya tiada jalan pintas utk mengandakan duit !!!


saya memanggil ini sebagai suatu seni pelaburan!!!!