Saturday, July 24, 2010

Beli kereta idaman secara tunai hanya RM200 sebulan....

ini ada cerita.Berkat kesabaran.........
Seorang lagi rakan beli kereta baru dengan cash money setelah mengeluarkan dari Public Mutual.Wow! tahun lepas beberapa rakan pon begitu.

Rakan bertanya pada rakan lain...
Kau bayar kereta ko sebulan bape?

Rakan:RM700 lebih!

Aku bayar RM200 jer sebulan..........

Rakan: ah! apa? tipu lah..........

Tak percaya?

Katalah kau bayar Rm700 untuk 9 tahun ,aku simpan RM200 untuk 10 tahun dengan kadar untung 20-30 peratus..............aku dah balik modal!!!terusbeli kereta cash!!!

Thursday, July 15, 2010

ketahui beza dan kepentingan masing-masing

salam!

unit trust ;

suatu medium pelaburan untuk mengandakan wang , perlindungan adalah bonus.

sesetengah dana ada menawarkan insuran term life(islamik), bukan medical card.

contohnya apabila pelabur melabur rm5000 di dana P Ittikal , nilai rm5000 percuma akan diberikan ke atas pelabur,

insurans ini hanya di bayar jika pelabur meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal.

Insurans juga ditawarkan kepada para pelabur MUTUAL GOLD (Pelaburan keseluruhan RM100,000.00)

ini adalah kelebihan khusus utk para pelabur public mutual.

Nilai insurans akan ‘cover’ rm100,000.00 juga disamping nilai NAV pelabur.

jika anda hebat, tentunya anda akan nampak hebat bersama public mutual.

nak lagi hebat MUTUAL GOLD ELITE (RM500,000.00)

JUMLAH keseluruhan pelaburan rm100,000.00 buleh merangkumi beberapa dana agresif dan moderate . bukan hanya perlu kepada melabur ke satu dana sahaja.

unit trust menpunyai matlamat utama utk mengandakan wang anda,

wang yg terkumpul akan diuruseliakan oleh pengurus dana untuk memaksimumkan keuntungan ….

kepada pelabur yg bijak , wang untung dari unit trust akan dilaburkan ke insurans.

ini kerana dengan unit trust , wang diveden adalah wang anda , wang ini buleh di ambil atau reinvest.

pada penhujung tahun kewangan pelabur unit trust akan mendapat tunai …

INSURANS (TAKAFUL)

MATLAMAT utama takaful adalah perlindungan , keuntungan adalah bonus ,

wang premium rm200 sebulan yg di bayar akan ke;

60-70% utk perlindungan

30-40% utk pelaburan

itulah ,yg kita dapati , at the end of life , takaful ada memberi nilai wang tunai di atas setiap polisi yang anda beli.

terdapat medical card jika anda membeli polisi takaful .

manfaat hospital , kemalangan dan kecederaan kecil .

KELEBIHAN TAKAFUL ADALAH , anda menpunyai disiplin utk membayar premium rm200 setiap bulan .

tetapi jika anda melabur secara tetap setiap bulan rm200 selama 30 tahun(purata 10% setahun untung) , wang tunai pada 30tahun akan datang berjumlah RM348,988.00

BANYAK KAN ,WALAUPUN KELIHATANNYA SEDIKIT RM200 SEBULAN ….

KESIMPULANNYA;

takaful perlu utk medical card sahaja, ambil lah polisi yg ‘cover’ hospital rm1.5 juta sekalipun.

jika dihampiri oleh agen takaful bercerita mengenai pelaburan , alternatif dah ada iaitu unit trust.

unit trust ni tak kira dari syarikat mana! janji islamik.

sekadar berkongsi ilmu …

Sunday, July 11, 2010

UNIT AMANAH BERTERASKAN SYARIAH


Ramai yang tidak sedar kewujudan Unit Amanah Saham yang dikendalikan oleh bank-bank tempatan selain Amanah Saham yang biasa didengar,sedangkan Amanah Saham yang ditawarkan oleh bank-bank ini sebenarnya lebih dahulu beroperasi cuma golongan tertentu sahaja yang mengetahuinya dan ada antaranya yang amat cemerlang dan menerima banyak anugerah bagi pengurusan Unit Saham Amanah ini.Bukan sahaja Bumiputera boleh memohon malah bukan Bumiputra juga dibenarkan.Berjumpalah dengan perunding Unit Saham Amanah untuk maklumat lanjut dan terkini.


Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.

Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.

Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Perlindungan untuk pemegang unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;
Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran;
Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.

Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.